“Dato’
Abintara ambil kuda
ini, pergi kawal sempadan
istana !” Arah Tun Hamzah
pada Tun Nara
Wangsa.
Tun Nara Wangsa
akur lalu terus
memanjat kuda Tun
Hamzah dan memacunya
ke arah Tun
Hussein dan Panglima
Paduka Tuan yang
sedang bertahan bersunguh – sungguh di sempadan
istana tersebut.
Tun
Hamzah tersenyum memandang
Sang Setia, lading di tangan
kanannya digenggam kemas
bersedia untuk bertempur.
“Dato’
Panglima pergilah berehat
kerana dato’ itu
panglima tua. Biar hamba
yang selesaikan segala
mereka di sini.” Kata Tun
Hamzah sinis ke
arah Sang Setia.
Sang
Setia tersenyum tatkala
mendengar usikan daripada
Tun Hamzah itu. Beliau
kenal benar akan
sifat sahabatnya itu
yang gemar berlagak
dan bercakap besar, akan
tetapi sesuai dengan
ilmu yang ada pada dirinya.
“Mari semua
!!!” Tun Hamzah bertempik
penuh semangat ke
arah ratusan angkatan
Portugis yang sedang
mara ke arahnya. Sang
Setia berundur beberapa
tapak, melindungi Tun Hamzah
jika ada yang cuba
menyerang daripada belakang.
Serentak
dengan itu ratusan
tentera Portugis mengerumuni
Tun Hamzah. Dengan tenang
Tun Hamzah mengelak
serangan mereka seorang
demi seorang lalu
menghiris ladingnya ke
arah tubuh – tubuh tentera
Portugis tersebut. Ada yang
terbelah tekaknya, ada yang
terburai isi perutnya, ada
terhiris hidung dan
matanya. Semuanya berlaku dalam
sekelip mata, pergerakan Tun
Hamzah kelihatan sungguh pantas dan tangkas. Sesekali beliau
tersenyum menjeling Sang
Setia.
“Tun
Hamzah bertempur seakan – akan
orang Feringgi itu
lagi budak – budakan baginya.” Bisik hati
Sang Setia tatkala
melihat kehebatan ketua panglima Bentan
itu.
No comments:
Post a Comment