Sunday 1 April 2012

1525 Hang Nadim




Sebuah  hikayat  yang  telah  diperturunkan  sejak  sekian  lama  oleh  hulubalang – hulubalang  Melayu  dan  Jawa. Sebuah  kisah  tentang  kehebatan  pahlawan -  pahlawan  Melayu  dahulu  kala  dalam  mempertahankan  daulat  bumi  Melayu  dari  dicemarkan  oleh  penjajah  durjana. Sebuah  lagenda  agung  yang  menyimpan  sebuah  rahsia  yang  sekian  lama  cuba  di buang  jauh  oleh  para  penjajah. Kerana  tidak  mahu  orang  Melayu  itu  bangkit  membela  bangsa……
1525 – Sudah  hampir  lima  belas  tahun  peperangan  di antara  Melayu  dan  Portugis  berlanjutan  tanpa  ada  kesudahannya. Raja  Portugal  telah  lama  memecat  wizurainya  di Melaka. Lantas  digantikan  dengan  seorang  wizurai  baharu  yang  sudah  bersumpah  sejak  dari  kecilnya  untuk  menghapuskan  nama  Islam  dari  sejarah  dunia. Maka  dipersiapkannya  sekalian  bala  tentera  yang  maha  hebat  untuk  menghapuskan  jalur  keturunan  Kesultanan  Melayu  Melaka  yang  ketika  itu  berkerajaan  di Bentan. Sebuah  armada    besar  yang  tidak  pernah  dilihat  oleh  dunia  sebelum  ini.
1525 - Satu  tarikh  yang  cuba  dilenyapkan  dari  nukilan  sejarah  bangsa  Melayu. Pada  tahun  ini  telah  berlaku  beberapa  peristiwa  yang  tidak  sesekali  mahu  dikenang  oleh  sekalian  penjajah, dan  juga  sekalian  keturunan  raja – raja  Melayu….


Harga Senaskah : RM 39.90
Boleh didapati di mana - mana kedai buku ternama di seluruh negara mulai 2 Mei 2012.
Anda juga boleh membeli secara online dengan cara mengisi ruang order form yang telah disediakan. Cara - cara pembelian online ada tertulis pada ruang terma dan syarat.

4 comments:

  1. Saya telah tamat membacanya. Taniah diucapkan kepada penulis

    ReplyDelete
  2. SAtu2nya karya dekad ini yang berjaya memaparkan budaya, adat,adab, dan ketinggian ilmu Melayu dengan baik dan berkesan.Semua lelaki Melayu harus membaca karya ini

    ReplyDelete
  3. karya tersebut cerita tntang ape??...boleh jelaskan lagi dlam tak??? hang nadim??? siapa sebnarnye beliau

    ReplyDelete
  4. Saya belum habis baca, baru pada babak 27. Namun apa yang saya dapat katakan adalah buku ini sangat menarik. Watak - watak panglima sampingan yang ada cukup mempersonakan.Masing - masing dengan cara tersendiri dalam menghidupkan prinsip Melayu. Harap penulis dapat buat novel yang seperti ini lagi kerana tiada seumpanya di pasaran sekarang. TAHNIAH !!!!!

    ReplyDelete