Ketika
itu di luar gudang
yang besar di belakang
istana, Seri Nara al-Diraja
sedang bertungkus – lumus memujuk
sekalian penduduk dan
askar untuk keluar
berjuang mempertahankan istana.
“Untuk
apa kita berjuang
sedangkan kita semua
sudah tahu akan
akibatnya kelak !” Jawab seorang
lelaki yang agak
tua di situ.
“Dari
kita diam berpeluk
tubuh melihat negeri
ini hancur, ada baiknya
kita mengangkat senjata.” Kata Seri
Nara al-Diraja yang
masih cuba memujuk
sekalian mereka itu.
“Kami
lebih rela berlindung
di sini, dari ditembak mati
di luar sana.” Kata seorang pengawal istana
pula.
“Mahukah
kalian kelak kita
ini bertuankan Feringgi
yang kafir itu ?” Soal
Seri Nara al-Diraja. Sekalian yang ada
kelihatan diam membisu.
“Ahhh
tiada kiranya siapa
yang memegang kerajaan, kami rakyat
tetap jua tertindas !” Lelaki yang
tua tadi menjawab
keras.
“Tiada
pernah kita menyangka
rakyat Bentan sebegini
rupa.” Keluh Seri Nara
al-Diraja kecewa.
“Mengapa
harus kita berjuang
demi raja itu
sedangkan nyawa anak
isteri kita didalam
bahaya. !” Kata seorang lelaki
yang sedang mendodoikan
seorang bayi kecil
di dalam dakapannya.
“Jika
benar Sultan Mahmud
itu sayangkan rakyatnya, menyerahlah sahaja
kepada Feringgi itu. Kita
semua tidak akan
diapa – apakan mereka.
Menyerahlah !” Cadang seorang lagi
lelaki yang mula
melangkah merapati Seri
Nara al-Diraja.
“Demikianlah
kata tuan – tuan sekalian, jika diikutkan
tiada bezanya hamba
dengan tuan – tuan.” Kata Seri
Nara al-Diaraja memandang
sekalian yang ada. Pandangan matanya
mencerminkan hati yang
sedang kecewa. Beliau kemudian
menyambung semula kata – katanya,
“Apa
istimewanya yang tuan – tuan
sekalian hinggakan sombong
tidak mahu mempertahankan raja. Lupakah tuan – tuan
akan bapa hamba
itu, siapatah yang membunuhnya ?! Bukankah raja
kita itu ?! Tetapi sekarang
hamba balas dengan
berbuat kebaktian kepada
baginda !” Kata – kata Seri Nara
al-Diraja itu membuatkan
sekalian yang ada diam
dan berfikir.
Tiba – tiba
terdengar bunyi letupan
meriam bertalu – talu dari
arah luar istana. Seri
Nara alDiraja menoleh. Begitu juga
dengan sekalian yang
ada. Lantas Seri Nara
al-Diraja mula berlari
ke kawasan perkarangan istana
untuk melihat apa
yang sedang terjadi. Bunyi meriam
kedengaran sekali lagi.
No comments:
Post a Comment