M aka ketika
itu suara tempik
sekalian Portugis bergema memecah langit. Senapang – senapang mereka
dihentakan ke tanah, tangan mereka
menumbuk – numbuk dada.
Tanah Kota Kara
bergegaran, batu – batu
kecil berloncatan. Tujuh ekor
gajah bertempik nyaring, belalai dijulang
tinggi.
Syahadan
ketika itu Hang
Nadim pun menoleh
ke arah sekalian
Melayu. Matanya sebak ,
hatinya tersentuh bercampur
perasaan bangga tatkala
melihat Sang Setia
sedang mengetuai sekalian
Melayu itu berarak
mara ke medan perang. Walaupun mereka
tahu ribuan bala
tentera Portugis sedang
menanti dengan senapang
dan pedang, namun semangat
juang untuk mempertahankan bangsa
dan negeri tidak
pernah pudar walau
sedikitpun.
Suara
sorak dan tempik
sekalian Portugis semakin
kuat kedengaran, burung –
burung berterbangan keluar
dari rimba dek
gentar dan takut
tatkala mendengar sorakan
tersebut. Sang Setia tersenyum
memandang Hang Nadim, Panglima Paduka Tuan
memandang menantunya, Tun Hamzah
dengan penuh rasa
bangga. Sekalian pahlawan berkuda
Bentara Arami mula
menggertak kuda mereka
lalu memacu di kiri
dan kanan barisan
angkatan Melayu.
“Tetapkanlah
hati kalian, kerna hari ini,
tiada Melayu yang
akan mati !” Laung Hang
Nadim tatkala barisan
angkatan Melayu sudah
berada hampir dengan
dirinya.
“ Dengar
sekalian Portugal !” Laung Jeorge
de Alburqe, matanya masih
tertumpu ke arah angkatan
Melayu yang sedang
berkumpul di tengah Kota
Kara. Hatinya masih lagi
berdendam dan dipenuhi
dengan rasa amarah.
“ Bertempurlah
kalian demi raja
dan tanah Portugal. Bunuh dan
hapuskan sekalian Melayu
yang dilaknat tuhan
itu. Jika mati jua kita kelak, maka pintu – pintu di syurga
sedang terbuka menanti
kedatangan sekalian kita, akan
kerana kita ini,
bangsa yang dipilih
tuhan !!!” Kata – kata
Jeorge de Alburque
itu membuatkan sekalian
angkatan Portugis berasa
semangat dan yakin.
Awan
nipis mula berarak
perlahan dari arah
laut, menjadi payung untuk
sekalian mereka dari
terik bahang Matahari
yang sedang memancar
terang. Ketika itu, angkatan Melayu
yang cuma berjumlah
hampir seribu orang, sedang
berdiri teguh menghadap
beribu – ribu angkatan tentera
Portugis yang sedang
berbaris garang. Sang Setia, Tun
Hussein, dan Panglima Paduka
Tuan melangkah ke hadapan, berdiri di sisi
Hang Nadim, Tun Hamzah, dan
Panglima Aryamada.
Gendang
perang Portugis dipalu
kedengaran semula, hati sekalian
hulubalang Inderagiri menjadi
sedikit berdebar. Tangan mereka
menggenggam erat pedang
dan sundang, namun mereka
tahu, setajam mana pedang
dan juga sudang
mereka sekali pun, masih jua
tidak mampu untuk
melindungi nyawa mereka
dari asakan ribuan
peluru dan mata
pedang tirus sekalian
Portugis di hadapan mereka
itu. Hati mereka berserah
sepenuhnya kepada Allah.
Tiga
ribu orang tentera
Portugis mula melangkah
kehadapan setelah mendapat
arahan dariapda Jeorge
de Alburque. Sepuluh ribu
lagi masih sedia
menanti di tembok gerbang
Kota Kara. Lima puluh
pegawai berkuda memacu
kuda mereka, mengetuai tiga
ribu orang tentara
Portugis yang sedang
mula berarak itu. Sambil
melangkah, tangan mereka mengacukan
muncung senapang ke
arah sekalian Melayu, jari telunjuk diletakan
di picu senapang, bersedia,
hanya menanti arahan
untuk melepaskan tembakan.
Hang Nadim dan
sekalian sahabatnya sedia
menanti. Panglima Paduka Tuan
sudah mengeluarkan Pedang
Cura si Manjakani
dari sarungnya. Pedang tersebut
dijulangnya tinggi, serentak dengan
itu sekalian hulubalang
Inderagiri menjulang pedang
dan sundang mereka
sambil bertempik kuat.
Wajah
Panglima Aryamada mula
menyinga, bengis, keningnya yang tebal
dikerutkan, hatinya benci memandang
barisan Portugis yang
sedang berarak itu. Dua
bilah lading berhulu
gading sudah kelihatan
tersembunyi di belakang lengan
Tun Hamzah, kaki kanannya
mula bertapak ke belakang
seakan gaya orang
yang sedang bersedia
untuk menggempur.
Bentara
Arami menjeling ke
arah sekalian pahlawannya
yang berada di kiri
dan kanan barisan, tangan kanannya
di angkat tinggi sebagai
tanda kepada mereka
agar bersiap sedia.
Tangan
kiri Sang Setia
kelihatan sudah sedia
memegang Keris Terasik
Rama yang masih
berada di dalam sarungya. Beliau kemudian
menoleh ke arah
Hang Nadim, laksamana Melayu
itu seperti biasa
masih dillihat berada
di dalam keadaan tenang
walaupun yang sedang
berarak menghampiri mereka
itu adalah tiga
ribu angkata Portugis
bersenjata lengkap.
No comments:
Post a Comment